BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 9, 2010

IKLAN LUAR KUASAI TELEVISYEN TEMPATAN

MIM adalah peraturan yang diwujudkan oleh Kementerian Penerangan dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada pertengahan 1970-an bertujuan menghalang kemerosotan nilai budaya dalam kandungan iklan-iklan dan menghalang peruntukan besar pengiklanan yang dibelanjakan ke luar negara.

Syarat berkenaan mewajibkan sesuatu iklan untuk disiarkan dalam negara menggunakan 80 peratus khidmat pelakon, penerbit, krew dan lokasi tempatan.
Namun, sejauh mana dasar itu diguna pakai menimbulkan persoalan terutama apabila hal ehwal komunikasi ‘berpindah tangan’ daripada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan kini di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Persoalan itu semakin diperkatakan apabila kini berlaku lambakan iklan luar yang tidak mencerminkan peradaban budaya masyarakat di negara ini termasuk yang disiarkan di kaca televisyen.

Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar AIZZUL A. MAJID bertemu pihak kementerian, persatuan, penerbit dan krew pengiklanan bagi menyelami isu tersebut. "



KUALA LUMPUR 6 Jun - Jika kita masih ingat pada suatu waktu dahulu, terdapat arahan daripada kerajaan untuk mengharamkan penggunaan pelakon-pelakon luar atau berwajah Pan-Asia dalam iklan-iklan di media tempatan.

Tujuannya mudah sahaja iaitu untuk memberi peluang kepada industri penerbitan iklan tempatan 'bernafas' kerana mereka mungkin tidak mampu bersaing dengan iklan-iklan yang import.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun lepas, perkara itu seakan dilupakan apabila kementerian bertanggungjawab mengenai iklan-iklan di televisyen sentiasa berubah.

Ia kembali menjadi seperti dahulu yang mana 'anda bebas membuat apa sahaja', asalkan iklan-iklan itu tidak menjejaskan moral rakyat atau mengancam keselamatan negara.

Maka, berlumba-lumbalah syarikat-syarikat luar negara yang beroperasi di negara ini menggunakan iklan-iklan yang sudah pun dibuat oleh ibu pejabat mereka di luar negara.

Mereka hanya perlu menyalin kembali iklan itu dan kemudiannya menayangkannya di kaca televisyen negara ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal pembikinan.

Memang benarlah, ia menguntungkan syarikat-syarikat multinasional itu tetapi secara tidak sedar, industri produksi tempatan yang merasai kesannya.

Kini syarikat produksi tempatan berhadapan dengan situasi yang amat menghimpit apabila industri iklan televisyen menguncup dengan ketara daripada mencatatkan nilai pasaran RM200 juta setahun, turun sehingga RM19 juta setahun.

Situasi itu berlaku kerana 'kebebasan' yang kembali diberikan kepada industri dan segala syarat iklan Buatan Malaysia atau Made in Malaysia (MIM) yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini dilupakan sahaja.

Perkara ini berlarutan sejak 13 tahun lalu.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp



0 comments: